SEJARAH AHP  

Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in

Dalam usaha untuk terus berbakti dan mendidik kepada masyarakat, terutama golongan yang kurang bernasib baik, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), telah menubuhkan Asrama HALUAN Penyayang di Shah Alam, Selangor.
Bangunan waqaf yang menempatkan anak-nak yatim dan pelajar miskin itu terletak di Kampung Bukit Naga, Shah Alam dan ia merupakan projek perintis HALUAN menerusi Biro Penubuhan Pusat Jagaan yang dilancarkan pada bulan Disember 2005. InsyaAllah, HALUAN akan menambah bilangan penghuni asrama dari masa ke semasa.
Penghuni asrama itu dipilih melalui tinjauan HALUAN ke atas anak-anak yatim dan miskin di sekitar Selangor serta Lembah Klang yang dibuat dengan kerjasama Pusat Zakat Selangor (PZS) dan Procast Consultancy, sebuah syarikat perunding motivasi dan pendidikan.
Presiden HALUAN, Prof Madya Dr Abdullah Sudin Abd Rahman berkata, usaha itu dilaksanakan atas kesedaran HALUAN untuk memberi khidmat penjagaan yang lebih bersistematik terhadap golongan kurang bernasib baik.
Semua penghuni Asrama HALUAN Penyayang terbabit kini bersekolah di tingkatan satu Sekolah Menengah Ibn Khaldun (SMIK,) Klang. Semua pembiayaan termasuk pembelian pakaian seragam, alat tulis dan pengangkutan diuruskan HALUAN hasil sumbangan orang ramai.

Hubungi Asrama HALUAN Penyayang

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi
Pengarah Projek: Wan Rafi Wan Husin (013 671 4502)
Mudir: Anas bin Hussin (019 308 4476)

atau berkunjung ke alamat:
Lot 4213, Jalan Klinik
Bukit Naga, Seksyen 32
40460 Shah Alam.

Ingin Bantu Asrama HALUAN Penyayang?

Anda boleh menyumbang melalui akaun
Tabung Anak Yatim Dan Miskin HALUAN PenyayangBank Islam Malaysia
Akaun No. 12-038-01-008109-8


Anda juga boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk berikut:
- Pembangunan (ubahsuai dan baik pulih) bangunan dan kemudahan asrama
- Tajaan stok Makanan
- Biasiswa pendidikan
- Mengendali atau menaja program motivasi dan bimbingan

This entry was posted on Tuesday, July 28, 2009 at Tuesday, July 28, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment