Asrama Anak Yatim & Miskin HALUAN Penyayang Langkawi  

Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in

Penubuhan Asrama Anak Yatim & Miskin HALUAN Penyanyang Langkawi merupakan satu lagi usaha HALUAN untuk berbakti menjaga kebajikan anak-anak yatim dan miskin dalam masyarakat kita. Kemudahan dan prasarana di asrama ini adalah hasil sumbangan wakaf seorang dermawan, Tn. Haji Roslan Md. Ibrahim.

Asrama yang terdiri dari sebuah satu bangunan setingkat dengan kemudahan pejabat, asrama, kelas, surau, rumah warden, dewan makan dan padang ini telah dirasmikan oleh En. Ahmad bin Rashid, Timbalan Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah pada 30 Ogos 2008 di Best Star Resort, Pantai Cenang, Langkawi.

Pada peringkat permulaan, asrama ini dihuni oleh 10 orang pelajar lelaki Tingkatan 1, yang terdiri dari anak yatim dan miskin sekitar Langkawi. Mereka dipilih oleh HALUAN dengan kerjasama Unit HEM, PPD Langkawi.

Ingin Membantu?

Salurkan sumbangan anda melalui akaun:
Tabung Anak Yatim & Miskin HALUAN Penyayang Langkawi
BIMB 02-066-01-106944-5

This entry was posted on Tuesday, July 28, 2009 at Tuesday, July 28, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment