Asrama HALUAN Penyayang Langkawi jayakan Korban Aidil Adha  

Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in


LANGKAWI, 29 November 2009 – HALUAN Kedah dengan kerjasama Best Star Resort, Langkawi telah mengadakan satu program ibadah korban bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha di perkarangan Asrama Anak Yatim Dan Miskin HALUAN Penyayang Langkawi. Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dalam program tersebut.
Bersempena dengan program tersebut juga, satu majlis doa selamat dan jamuan makan tengahari bersama masyarakat setempat telah diadakan daripada jam 1.00 petang hingga 4.00 petang. Alhamdulillah program ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan antara HALUAN, khususnya pihak pengurusan asrama tersebut, dengan masyarakat setempat.
Asrama tersebut ditubuhkan lebih setahun yang lalu hasil keprihatinan dan sumbangan wakaf seorang dermawan tempatan. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 1 yang terdiri daripada anak yatim dan miskin dari sekitar Langkawi menjadi perintis di situ. Mereka telah dipilih oleh HALUAN Kedah dengan kerjasama Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.
Turut hadir menjayakan program tersebut adalah pemilik Best Star Resort Langkawi, Tuan Haji Roslan bin Ibrahim. Manakala HALUAN telah diwakili oleh Ketua Biro Pusat Jagaan, Sdr Abdul Halim Khudri, Setiausaha Kerja HALUAN, Sdr Fadhil Husin, wakil HALUAN Kedah, Sdr Puzi bin Yaakub, dan Pengurus Asrama HALUAN Penyayang Langkawi, Sdr Razif Abdul Halim.

IKLAN PENGAMBILAN PENGHUNI & TIM MUDIR ASRAMA HALUAN PENYAYANG SESI 2010  

Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in

IKLAN (1)


IKLAN PENGAMBILAN PENGHUNI BARU
ASRAMA HALUAN PENYAYANG, SHAH ALAM, SELANGOR

Pihak pengurusan Asrama Haluan Penyayang (Rumah anak yatim & fakir miskin) berhajat menambah 20 orang penghuni lagi bagi sesi 2010. Sehubungan itu pihak pengurusan memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan agar membantu pihak kami mencari calon penghuni asrama ini bagi sesi pengajian 2010. Kriteria penghuni yang diperlukan :

1. Pelajar lelaki berumur 10-12 tahun (sekolah rendah)
2. Sedang belajar aliran akademik & agama
3. Merupakan anak yatim miskin atau keluarga miskin
4. Akhlak baik dan mampu menguasai Al-Quran
5. Lulus temuduga oleh Panel Penemuduga KHP Shah Alam.

Untuk makluman lanjut sila hubungi:

En Wan Rafi Wan Hussin – 013 671 4502
En Anas Husin - 019-308 4476

atau email: haluanpenyayang@yahoo.com

Dateline : 15 Disember 2009

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN (2)

IKLAN PENGAMBILAN PENJAGA
ASRAMA HALUAN PENYAYANG, SHAH ALAM, SELANGOR

JAWATAN DITAWARKAN : Timbalan Mudir AHP, Shah Alam

KRITERIA YANG DIPERLUKAN DAN DIHARAPKAN (INSYAALLAH)

1. Mendokong Islam
2. Sanggup tinggal di sekitar KHP
3. Sanggup bekerja sepenuh masa di KHP
4. Jiwa cenderung dan suka kepada kanak-kanak dan remaja
5. Bersedia melaksanakan arahan dan peraturan asrama
6. Berjiwa pendidik
7. Boleh berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun
8. Mempunyai kemahiran komputer
9. Lulus temuduga

MANFAAT YANG DIPEROLEHI
1. Gaji berpatutan berdasarkan latar belakang
2. Tempat tinggal dan makan minum disediakan
3. Rawatan perubatan percuma di klinik panel

BIDANG TUGAS
1. Membantu mudir dalam aspek operasi asrama.
2. Menguruskan aspek-aspek tarbiyah, pendidikan dan akademik pelajar2
3. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh lembaga khp dari masa ke semasa.


Untuk makluman lanjut sila hubungi:

En Wan Rafi Wan Hussin – 013 671 4502
En Anas Husin - 019-308 4476

atau email: haluanpenyayang@yahoo.com

Dateline : 30 Disember 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Lembaga Pelabuhan Klang  

Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in

Rabu 16 September 2009: Majlis berbuka puasa bersama kakitangan Kelab Sukan & Rekreasi Lembaga Pelabuhan Klang telah diadakan di Asrama HALUAN Penyayang. Seramai 17 orang pegawai Lembaga Pelabuhan Klang telah berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan fakir Miskin HALUAN di samping solat maghrib, Isyak dan Tarawikh berjemaah.

Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat di Kementerian Kesihatan  

Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in

Isnin 14 September 2009 : Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjempuat Asrama HALUAN Penyayang untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat mengelak penularan wabak H1N1 di bangunan Kementerian Kesihatan, Putrajaya bersama-sama Tim Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah b Abd Rashid Shirlin.Majlis dimulakan dengan ucapan Tim Menteri Kesihatan serta penyampaian sumbangan oleh beliau. Kemudian diadakan majlis solat hajat dan jamuan makan malam serta solat tarawikh berjemaah.




Sekalung penghargaan buat YB Datuk dan seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia atas jemputan dan sumbangan yang diberikan.

Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Sultan Selangor  

Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in

Rabu, 9 September 2009: Sarikat Gapurna Sdn Bhd yang dipimpin oleh Tan Sri Abdu Halim b Ali telah menjemput Asrama Haluan Penyayang, Shah Alam ke Majlis Berbuka Puasa & Penyerahan Sumbangan bersama DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah bertempat di Masjid Tengku Kelana Jaya Putra, Kelana Jaya.Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan kepada rumah anak yatim, saudara baru dan penerima khas disusuli dengan ucapan Pengerusi Gapurna dan majlis berbuka puasa serta solat tarawikh bersama DYMM Sultan Selangor dan exco-exco kerajaan Negeri Selangor.


Menjunjung Kasih dan Terima Kasih tidak terhingga kepada DYMM Sultan Selangor & Pengerusi GAPURNA Sdn Bhd di atas jemputan dan sumbangan yang dihulurkan.

Majlis Berbuka Puasa & Penyerahan Sumbangan  

Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in

Majlis Berbuka Puasa & Penyerahan Sumbangan telah dianjurkan oleh Kumpulan Segi Seri pada hari Jumaat 14 Ramadhan 1430h/ 4 September 2009 bertempat di Kelab Shah Alam, Selangor bermula jam 6.30 petang dengan majlis penyerahan sumbangan kepada anak yatim dari Asrama HALUAN Penyayang dan Peyatim Sungai Pusu diikuti majlis berbuka puasa dan solat maghrib. Kemudian jamuan makan malam diteruskan denganpelbagai juadah dan hidangan disediakan.Majlis diserikan dengan solat Isyak dan tarawih berjemaah.Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada pihak pengurusan Asrama HALUAN Penyayang dan Peyatim Sg Pusu.



TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA PIHAK KUMPULAN SEGI SERI DI ATAS JEMPUTAN DAN SUMBANGAN YANG DIHULURKAN.

Salurkan Sumbangan Anda  

Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in