IKLAN PENGAMBILAN PENGHUNI & TIM MUDIR ASRAMA HALUAN PENYAYANG
Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG
IKLAN PENGAMBILAN PENGHUNI BARU
ASRAMA HALUAN PENYAYANG, SHAH ALAM, SELANGOR
Pihak pengurusan Asrama Haluan Penyayang (Rumah anak yatim & fakir miskin) berhajat menambah 20 orang penghuni lagi bagi sesi 2010. Sehubungan itu pihak pengurusan memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan agar membantu pihak kami mencari calon penghuni asrama ini bagi sesi pengajian 2010. Kriteria penghuni yang diperlukan :
1. Pelajar lelaki berumur 10-12 tahun (sekolah rendah)
2. Sedang belajar aliran akademik & agama
3. Merupakan anak yatim miskin atau keluarga miskin
4. Akhlak baik dan mampu menguasai Al-Quran
5. Lulus temuduga oleh Panel Penemuduga KHP Shah Alam.
Untuk makluman lanjut sila hubungi:
En Wan Rafi Wan Hussin – 013 671 4502
En Anas Husin - 019-308 4476
atau email: haluanpenyayang@yahoo.com
Dateline : 15 Disember 2009
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN PENGAMBILAN PENJAGA
ASRAMA HALUAN PENYAYANG, SHAH ALAM, SELANGOR
JAWATAN DITAWARKAN : Timbalan Mudir AHP, Shah Alam
KRITERIA YANG DIPERLUKAN DAN DIHARAPKAN (INSYAALLAH)
1. Mendokong Islam
2. Sanggup tinggal di sekitar KHP
3. Sanggup bekerja sepenuh masa di KHP
4. Jiwa cenderung dan suka kepada kanak-kanak dan remaja
5. Bersedia melaksanakan arahan dan peraturan asrama
6. Berjiwa pendidik
7. Boleh berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun
8. Mempunyai kemahiran komputer
9. Lulus temuduga
MANFAAT YANG DIPEROLEHI
1. Gaji berpatutan berdasarkan latar belakang
2. Tempat tinggal dan makan minum disediakan
3. Rawatan perubatan percuma di klinik panel
BIDANG TUGAS
1. Membantu mudir dalam aspek operasi asrama.
2. Menguruskan aspek-aspek tarbiyah, pendidikan dan akademik pelajar2
3. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh lembaga khp dari masa ke semasa.
Untuk makluman lanjut sila hubungi:
En Wan Rafi Wan Hussin – 013 671 4502
En Anas Husin - 019-308 4476
atau email: haluanpenyayang@yahoo.com
Dateline : 30 Disember 2009
Setelah mengaku sebagai Islam seseorang itu mestilah menyakini bahawa dia memiliki risalah dalam hidupnya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan kehidupannya tunduk kepada risalah tersebut. Kemudian tidak cukup dengan hanya dia seorang sahaja yang memiliki risalah tersebut, seorang akh muslim mestilah merasakan tanggungjawab untuk menyebarkan risalah tersebut kepada orang lain.
“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka” (maksud hadis Nabi saw riwayat al-Baihaqi).
Ustaz Fathi Yakan, dalam buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam menyebut “Langkah pertama dan langkah yang sejajar dengan tabiat agama Islam dalam bidang ini ialah dengan saya membentuk rumahtangga saya supaya menjadi rumahtangga muslim. Saya adalah bertanggungjawab menegakkan Islam dalam masyarakat rumahtangga saya yang kecil ini. Saya bertanggungjawab menyampaikan Islam kepada keluarga saya, isteri saya, anak-anak saya kemudian saya bertanggungjawab pula menyampaikan Islam kepada kaum kerabat saya dan inilah cara yang telah diikuti oleh Rasulullah saw di permulaan dakwah”.
Begitu juga dalam rukun amal Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan Al-Banna sangat menitik beratkan aspek amal untuk ahli-ahlinya. Amal soleh adalah manifestasi kepada iman dan kedua-duanya (amal dan iman) merupakan sebab kepada kemenangan di dunia dan akhirat. Menurut al-Imam lagi, beramal dalam medan dakwah agar agamanya tertegak di muka bumi dan mendirikan negara Islam adalah bidang amal yang paling afdhal. Beliau seterusnya menggariskan peringkat amal yang praktikal selepas membentuk peribadi Muslim ialah mendirikan Baitul Muslim.
Berlandaskan kepada hujah di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa Baitul Muslim adalah satu marhalah yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim. Kejayaan kepada fikrah yang diimani seseorang itu bergantung kepada kejayaanya mendirikan Baitul Muslim. Oleh itu setiap persediaan dan proses yang dilakukan dalam mendirikan baitul muslim juga adalah penting. Sesuatu perkara itu akan menjadi wajib sekiranya sesuatu yang wajib tidak akan tertegak melainkan kerananya (perkara itu). Kejayaan dalam mendirikan Baitul Muslim tidak akan tercapai melainkan setelah dilakukan beberapa perkara sebelum berkahwin:
1. Perkahwinan mestilah kerana Allah dan dengan tujuan untuk mendirikan sebuah keluarga muslim.
2. Berkahwin dengan tujuan untuk menjaga pandangan, kehormatan dan bertaqwa kepada Allah.
3. Memilih pasangan yang dapat berkongsi misi dan visi hidup (berdakwah kepada Allah).
4. Pasangan yang dipilih mestilah berakhlak dan berpegang teguh dengan agama, walaupun kurang berharta dan rupa.
5. Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam memilih pasangan hidup.
Kepada yang telah mendirikan baitul muslim, semoga rumahtangga yang dibina selari dengan tabiat dan tuntutan agama ini, iaitu rumahtangga dakwah. Menghidupkan sebuah rumahtangga dakwah pula merupakan satu lagi proses dalam kehidupan kita untuk menuju kepada Allah. Kita dirikan rumahtangga dakwah dengan merujuk kepada sirah dan pengalaman saudara-saudara yang terlebih dahulu daripada kita.
Kepada yang masih belum bersedia mendirikan baitul muslim, perlu dinilai apakah puncanya. Saban kali kita mendengar dari rakan-rakan yang baru berkahwin berkata “kalaulah aku tahu keseronokan berkahwin, dah pasti awal-awal lagi aku kahwin” keseronokan bukan dari sudut luaran dan emosi semata tetapi keberkatan yang melahirkan perasaan sakinah, mawaddah dan rahmah anugerah yang dijanjikan Allah swt.
Untuk itu di kesempatan ini sama-sama kita ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat kita yang bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. “Barakumullah wabaraka alaikum, wajama’a bainakum fil khair” (Semoga keberkatan Allah untuk kamu semua dan menghimpunkan kamu semua di dalam kebaikan).
Semoga perkahwinan saudara saudari akan menyemarakkan lagi amal kalian dalam dakwah.
Isnin 14 September 2009 : Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjempuat Asrama HALUAN Penyayang untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat mengelak penularan wabak H1N1 di bangunan Kementerian Kesihatan, Putrajaya bersama-sama Tim Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah b Abd Rashid Shirlin.Majlis dimulakan dengan ucapan Tim Menteri Kesihatan serta penyampaian sumbangan oleh beliau. Kemudian diadakan majlis solat hajat dan jamuan makan malam serta solat tarawikh berjemaah.
Asrama HALUAN Penyayang Langkawi jayakan Korban Aidil Adha
Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in Aktiviti
IKLAN PENGAMBILAN PENGHUNI & TIM MUDIR ASRAMA HALUAN PENYAYANG SESI 2010
Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in Info
IKLAN PENGAMBILAN PENGHUNI BARU
ASRAMA HALUAN PENYAYANG, SHAH ALAM, SELANGOR
Pihak pengurusan Asrama Haluan Penyayang (Rumah anak yatim & fakir miskin) berhajat menambah 20 orang penghuni lagi bagi sesi 2010. Sehubungan itu pihak pengurusan memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan agar membantu pihak kami mencari calon penghuni asrama ini bagi sesi pengajian 2010. Kriteria penghuni yang diperlukan :
1. Pelajar lelaki berumur 10-12 tahun (sekolah rendah)
2. Sedang belajar aliran akademik & agama
3. Merupakan anak yatim miskin atau keluarga miskin
4. Akhlak baik dan mampu menguasai Al-Quran
5. Lulus temuduga oleh Panel Penemuduga KHP Shah Alam.
Untuk makluman lanjut sila hubungi:
En Wan Rafi Wan Hussin – 013 671 4502
En Anas Husin - 019-308 4476
atau email: haluanpenyayang@yahoo.com
Dateline : 15 Disember 2009
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN PENGAMBILAN PENJAGA
ASRAMA HALUAN PENYAYANG, SHAH ALAM, SELANGOR
JAWATAN DITAWARKAN : Timbalan Mudir AHP, Shah Alam
KRITERIA YANG DIPERLUKAN DAN DIHARAPKAN (INSYAALLAH)
1. Mendokong Islam
2. Sanggup tinggal di sekitar KHP
3. Sanggup bekerja sepenuh masa di KHP
4. Jiwa cenderung dan suka kepada kanak-kanak dan remaja
5. Bersedia melaksanakan arahan dan peraturan asrama
6. Berjiwa pendidik
7. Boleh berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun
8. Mempunyai kemahiran komputer
9. Lulus temuduga
MANFAAT YANG DIPEROLEHI
1. Gaji berpatutan berdasarkan latar belakang
2. Tempat tinggal dan makan minum disediakan
3. Rawatan perubatan percuma di klinik panel
BIDANG TUGAS
1. Membantu mudir dalam aspek operasi asrama.
2. Menguruskan aspek-aspek tarbiyah, pendidikan dan akademik pelajar2
3. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh lembaga khp dari masa ke semasa.
Untuk makluman lanjut sila hubungi:
En Wan Rafi Wan Hussin – 013 671 4502
En Anas Husin - 019-308 4476
atau email: haluanpenyayang@yahoo.com
Dateline : 30 Disember 2009
Majlis Berbuka Puasa Bersama Lembaga Pelabuhan Klang
Posted by ADMIN ASRAMA HALUAN PENYAYANG in Aktiviti
SELAMAT DATANG
Mudir Asrama HALUAN Shah Alam
Ajk AHP Shah Alam
2. Dahli b Amiruddin
3. Badri
4. Adni b Abd Razak
5. Muhammad Muzakkir b Che Ani